icon icon
Menu
Cart 0

Selera Trend Kek 2020

Posted by Eat Cake Today on

eat cake today-cake delivery-the cake show-cake trends 2020
eat cake today-cake delivery-the cake show-cake trends 2020

"Cantiknya. Sayanglah hendak makan." Begitulah ungkapan yang sering didengar setiap kali seseorang itu dijamu dengan kek sebagai pencuci mulut mahupun hidangan minum petang. Lazimya, kek disediakan ketika majlis hari jadi atau perkahwinan.

Nampaknya selepas ini mungkin tiada lagi kek 'biasa' yang selalu dilihat dalam majlis perkahwinan atau hari jadi kerana kek-kek dihasilkan semakin kreatif. Kek nasi lemak, boba lava, graviti minion antara kek unik yang dihasilkan. Adakah ini akan menjadi trend jenis-jenis kek 2020?

Jika anda tidak sempat ke kedai kek atau menghasilkannya sendiri, boleh layari portal kek pertama Malaysia, Eat Cake Today (ECT) yang menyenaraikan lebih 40 kek dengan nama-nama terkenal seperti baker's art, ennoble, petiteserie dessert, c3 lab, lavish patisserie, little tee cakes, huckleberry, tedboy dan baked kl. Bagi ECT, kualiti dan kepuasan pelanggan adalah paling penting.

ECT menawarkan pelbagai kek berkualiti yang dihantar daripada pembuat kek kepada pengguna dengan cara yang mudah. Semua pihak yang terlibat termasuk mereka yang mengendalikan perkhidmatan pelanggan, pembuat kek dan kakitangan penghantaran, dihubungkan kepada sistem ECT menerusi telefon pintar yang menyelaraskan proses pesanan untuk memastikan pelanggan menerima kek mereka dengan cekap dan cepat.

 

News content from Mingguan Malaysia!

Thank you Mingguan Malaysia for featuring us!


Share this post



← Older Post Newer Post →